Buat adamku,

Saya tidak faham kenapa perasaan ini muncul dalam diri saya. Saya juga tidak mengerti kenapa ia utuh bersemadi dalam hati saya. Malam yang hening ini,entah angin apa yang membuai hari ini,membuatkan saya begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk awak yang tidak pernah saya kenali.

Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya. Ia menuntut sesuatu yang perlu saya jaga rapi selama ini sematamata untuk awak. Itulah hati dan cinta saya.

Semenjak kecil,saya dididik oleh ibu supaya menjaga maruah diri,kerana Allah menetapkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata ibu,tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi,awak sudah wujud dalam diri saya sejak dulu lagi.

Sepanjang umur saya ini,saya menutup pintu hati ini untuk manamana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya menghalang diri daripada mengenali manamana lelaki apatah lagi memahami mereka,kerana saya tidak mahu mengenali dan memahami lelaki lain selain diri awak.

Kerana itulah saya sedaya upaya membatasi pergaulan saya dengan bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar,kerana ustazah pernah berpesan,rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya bersangka buruk kepada mereka,tetapi lebih baik saya berjagajaga.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka,saya akan buat expressionless face dan cool. Saya akan palingkan wajah daripada lelaki yang asyik merenung saya ataupun cuba menegur saya. Saya sebolehbolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana pesan Saiyidatina 'Aisyah R.A, "Sebaikbaik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang". Saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata awak. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik awak seorang. Saya tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki,bahkan saya berasa terhina diperlakukan sebegitu,seolaholah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seseorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan. Bagaimana akan saya jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama saya hidup di muka bumi?

Jika saya tidak mahu awak memandang perempuan lain,saya terlebih dahulu yang perlu menundukkan pandangan saya. Saya perlu memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi saya,kerana itulah yang dituntut Allah. Jika saya inginkan lelaki yang baik menjadi suami saya,saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak saya nafikan,sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun,setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya yang saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia adalah milik awak. Allah sudah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen,bukan yang sudah dibahagibahagikan.

Tetapi,satu ketika saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan saya. Saya secara keras menolak. Pelbagai alasan saya berikan,tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menganggu saya. Saya berasa amat tidak tenteram,seolaholah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya.

Saya beristighfar memohon keampunan Ilahi. Saya juga berdoa supaya Allah melindungi diri saya daripada segala kejahatan.

Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak. Saya dapat rasakan seolaholah awak wujud bersama saya. Di mana sahaja awak berada,akal sedar saya membuat perhitungan dengan awak. Saya tahu lelaki yang melamar saya itu bukan diri awak. Malah saya yakin pada gerak hati saya,yang mengatakan lelaki itu bukan awak.

Saya bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud dimanamana. Tetapi saya juga mempunyai keinginan seperti gadis lain,dilamar sang adam yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,memimpin saya ke arah tuju yang satu.

Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat. Andainya awak adalah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz,Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dalam hati saya,juga dalam hati awak apabila pertama kali kita berpandangan. Itu janji Allah. Moga cinta itu juga akam mempertemukan kita kembali di syurga.

Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang ada. Apa guna awak menimbun harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu mebuatkan awak lupa pada tanggungjawab kepada agama. Saya tidak akan sesekali bahagia melihat awak sebegitu rupa. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi saya.

Sekian,
Ikhlas dari tulang rusuk kirimu,
Nurul Nabilah Mohamed Kamal Bahrin.